NADI – MAHIR: Mahir Digital Media - Sesi 1 Asas Videografi Kreatif (Negeri Sembilan)
26 Jun 2026 | Aktiviti Terkini25 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: MAHIR DIGITAL MEDIA - SESI 1 ASAS VIDEOGRAFI KREATIF (NEGERI SEMBILAN). Seramai 3 orang peserta telah megikuti siaran langsung kelas ini. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Kelas Mahir Digital Media – Sesi 1: Asas Videografi Kreatif memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas menghasilkan video yang menarik menggunakan telefon pintar atau kamera. Peserta akan mempelajari komposisi rakaman, sudut kamera, pencahayaan, pergerakan kamera serta tip merakam video yang lebih profesional untuk kegunaan media sosial, promosi perniagaan, dan kandungan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: